KENAPA CURRY BUTTER SOS MENJADI PILIHAN UTAMA👍 


Selalu bila ke Green Crab, ramai pelanggan akan tanya, apa sos yang paling padu, terangkat, teringat bila makan. Bila kerap di tanya soalan macam tu, kami di pihak Green Crab sering bertanya kepada pelanggan yang kerap makan di Green Crab. Kami buat sedikit rekod tentang sos sos pilihan yang jadi kegemaran pelanggan kami. 

Buat masa ini memang sos "curry butter" melompat ke mata tertinggi. Mungkin kerana rasanya yang unik, creamy, pekat dan yang penting di sukai oleh ramai peminat seafood. Kami pon tertanya tanya macam mana boleh naik ranking pulak sos "curry butter" ni. Selalu jika waktu dulu dulu memang "wow pedas" di tempat pertama. So kami kongsikan kenapa sos "curry butter" dapat melonjak ke tangga pertama sebagai pilihan pelanggan kami.
#Pertama sebab sos curry butter ini tidak terdapat di mana mana kedai seafood yang ada di sekitar kawasan kami. Kami hany satu satunya kedai seafood yang ada sos ini. Disebabkan agak susah untuk dapatkan sos ini, maka ramai pelanggan lebih suka untuk pilih sos ini sewaktu membuat tempahan👍.

#Kedua. Sos ini hanya di sediakan jika ada tempahan atau permintaan pelanggan. Walaupun ia sedikit mengambil masa, namun rata rata pelanggan tidak kisah, asalkan rasanya membuat kita tersenyum sambil tidur. Yeke tampai tahap tu sekali?? Jadi, tuan tuan sedarkan betapa bertuahnya tuan tuan mana yang telah buat tempahan, sedang bua tempahan, atau nak buat tempahan. Eksklusifnya hanya di Taman Seri Sentosa

#Ketiga Penggunaan bahan bahan segar dari bawang putih, daun kari hingga pilihan seafood semuanya menggunakan tangan, Sedapnya itu mengalir secara semulajadi dari hati turun ke kuali💗. 

so apa tunggu lagi. Rebut sekarang sementara masih ada peluang.

Comments